Sunday, January 4, 2009



Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Tue Dec 23, 08 4:43:55 pm MYTIslam yang pernah menguasai wilayah yang begitu besar dan luas dari bekas jajahan takluk dua kuasa besar dunia, Rom dan Parsi, begitu juga wilayah lain, telah memerintah dengan adil sehingga Islam dikira menjadi penyelamat dan pembebas bangsa yang dijajah.
Sebelum kedatangan Islam, mereka telah diperintah dengan begitu zalim oleh kerajaan sebelumnya. Kerajaan Islam telah diterima oleh penduduk dengan penuh sukarela dalam keadaan mereka tidak dipaksa menganut Islam.
Mereka telah berpegang dan beramal dengan agama asal masing-masing. Mereka juga dibenarkan bekerja dan memiliki harta. Kerajaan Islam diwajibkan berlaku adil terhadap mereka. Ini adalah perintah agama Islam yang sentiasa mengambil kira perhitungan dosa dan pahala di hadapan Allah, bukan kerana maslahah duniawiyyah.
Sikap ini telah menyebabkan penduduk di wilayah yang diperintah telah menerima sistem Islam secara rela hati. Sehingga hari ini masih terdapat keturunan asal warga bukan Islam yang terus menganut agama mereka dan juga masih terdapat rumah-rumah ibadat mereka yang dibina sejak ribuan tahun yang lalu tanpa diroboh dan diganggu-gagat oleh kerajaan Islam.
Suasana ini masih terdapat di Mesir, Yaman, Parsi (Iran), India dan lian-lain. Selepas pembukaan wilayah baru Islam, hanya segelintir pegawai Islam ditinggalkan menjadi pemimpin dan pentadbir di tengah-tengah majoriti besar masyarakat bukan Islam.
Warga bukan Islam di wilayah-wilayah baru ini lebih rela berada di bawah pemerintahan Islam, dan akhirnya menganut Islam.
Bangsa-bangsa yang menganut Islam, begitu juga yang kekal dengan agama asal telah memberi sumbangan besar kepada Hadrah Islamiyah dalam segenap bidang.
Terdapat di kalangan keturunan mereka yang menganut Islam telah menjadi ulama terbilang seperti imam Bukhari, Muslim, Tirmizi, Al-Ghazali dan lain-lain. Selain menjadi tokoh dalam bidang ilmu agama, ramai dari mereka yang menjadi tokoh ilmu duniawi seperti Ibnu Sina dan Al-Khawarazmi.
Mereka ini bukan dari kalangan berbangsa Arab, tetapi turut sama memberi sumbangan yang besar menyalurkan ilmu ke dalam bahasa Arab ikut melahirkan Hadrah Islamiyah.
Islam Hadhari ciptaan Umno mundur ke belakang
Buku-buku dalam bahasa asing telah diterjemah ke dalam bahasa Arab. Istilah berbagai ilmu juga ditukar ke dalam bahasa Arab. Bukan seperti Islam Hadhari ciptaan Umno, mundur ke belakang kepada suasana zaman penjajahan, dengan menggalakkan penggunaan bahasa Inggeris.
sumber : Harakahdaily.net
klik disini unyuk bacaan selanjutnya.
Dicatat dari blog pas kawasan kuntan

0 comments: