Saturday, November 8, 2008

kisah jibril mencari 7 jenis tanah

Assalamualikum ,

Percaya pada para Malaikat merupakan salah satu dari rukun Islam yang wajib dipercayai oleh umat Islam. Dalam sebuah kuliah tasauf di sebuah masjid yang ana dengar seorang ustaz menceritakan bahawa ketika Allah hendak menciptakan jasad Adam, Allah memerintahkan malaikat Jibril as untuk datang kebumi bagi mengambil tujuh jenis tanah untuk dijadikan jasad Adam.

setelah Jibril tiba di dunia (Bumi) jibril memperkenalkan dirinya sebagai perutusan Allah untuk mengambil tujuh jenis tanah untuk dijadikan Adam iaitu khalifah yang akan mendiami dunia. Maka bertanyalah Dunia mengenai apakah tugas jibril maka jibril memberitahu bahawa beliau ditugaskan untuk menyampai wahyu. Apabila mendengar tugas Jibril itu maka berkatalah dunia bahawa sebelum kedatangan Jibril kepada penduduk dunia, anak keturunan adam itu berada dalam kekufuran maka dunia tidak mengizinkan Jibril mengambil tanah dari dunia.

Maka mengadulah Jibril pada Allah maka Allah mengutuskan pula Mikail as untuk mengambil tujuh jenis tanah tersebut. Hal yang sama terjadi pada Mikail selepas dunia menolak permintaan Mikail dengan alasan tugas mikail yang menurun razeki itu akan menjadikan anak keturunan Adam itu makhluk yang kuat makan dan membuat maksiat hingga lupa pada Allah ( Hakikat kejadian Adam ialah untuk beribadat pada Allah). maka pulanglah Mikail. Maka Allah mengutuskan Malaikat Israfil pula. namun hasrat Israfil juga hampa setelah dunia memberi alasan tugas israfil sebagai peniup sangkakala itu tidak memberi jaminan pada khalifah yang akan mendiami dunia menjadi hamba yang bertakwa.

Kemudiannya Allah mengutuskan Malaikat Izrail untuk datang kedunia. Setelah tiba di dunia, Izrail memberi salam pada dunia. setelah memberitahu dunia bahawa tugasnya sebagai pengambil nyawa anak adam dan seluruh makhluk didunia, dunia pula bertanya selepas mengambil nyawa apakah yang dilakukan seterusnya kepada jasad anak adam itu. Izrail memberitahu bahawa setelah jasad Adam di ambil roh mereka jasad mereka akan dipulangkan semula kepada dunia ( dikebumikan). lantas dunia bertanya apakah jaminan anak keturunan adam itu dijamin sebagai orang yang bertakwa selepas mereka di matikan.... Malaikat Izrail tidak dapat menjawab persoalan itu lantas beliau meminta izin untuk menemui Allah bagi menyampaikan jawapannya. Setelah kembali semula ke dunia Izrail memberitahu bahawa Anak keturunan Adam yang mana mereka sentiasa ingat bahawa mereka akan mati. Allah akan menjadikan ingatan dan persiapan mereka untuk mati itu satu ibadah dan akan diberi petunjuk oleh Allah.

Dengan penerangan itu dunia mengizinkan tujuh jenis tanah di ambil oleh Izrail untuk dijadikan jasad adam. Justeru itu kita dapati apa yang terdapat di dunia ini dengan terdapatnya tujuh benua, tujuh lautan, tujuh hari dalam seminggu, tujuh lapisan langit, tujuh lapisan bumi dsbnya itu. mungkin ada lagi cerita-cerita menarik berhubung para malaikat itu dapat dikongsi bersama agar ianya menjadi petunjuk bagi menambahkanlagi keyakinan kita pada kebesaran Allah

Wassalam.

0 comments: