Tuesday, October 28, 2008

KOLEKSI CERITA POPULAR

EMPAT ORANG DUNGU
Pada suatu hari,raja berasa amat bosan dan baginda menitahkan
menterinya untuk mencari 4 orang dungu.
Di luar istana, menteri itu bertemu dengan seorang lelaki yang menunggang kuda sambil menjunjun bungkusan di atas kepalanya .Menteri itu memutuskan lelaki tersebut adalah seorang dungu kerana tidak membiarkan kudanya membawa bungkusan itu.
Ketika tiba di pasar ,beliau terlihat pula seorang lelaki membuang gula-gula.menteri itu berasa pelik lalu bertanya kepada lelaki itu, "wahai orang muda, kenapa kamu membuang gula-gula ? "
lelaki itu menjawab, " Tuan,isteri saya telah menceraikan saya dan berkahwin dengan lelaki lain.Sekarang mereka mendapat seorang bayi dan saya berasa gembira.Oleh sebab itulah saya membuang gula-gula ini.'' menteri memutuskan lelaki itu juga seorang dungu.
Menteri itu kemudiannya menbawa mereka ke istana. beliau berpendapat kedua-dua mereka itu dungu.
" Mana dua orang dungu lagi ?" tanya raja kepada menteri.
" lelaki dungu ketiga seharusnya patik,kerana patik telah membuang masa melakukan kerja mencari orang dungu,"jelas menteri itu.
Raja menyedari kebodohan baginda dan berkata, "sekarang beta faham. betalah orang dungu yang keempat, kerana beta menyuruh kamu mencari empat orang dungu daripada mencari empat orang bijak.

1 comments:

As said...

ok, moral value sila fikir sendiri
:D

salam singgah