Saturday, December 13, 2008

proses kelahiran anak soleh



Proses Kelahiran Anak Soleh
- Ia bermula daripada sebelum perkahwinan lagi.
1. Pertemuan Pasangan ibu bapa
A. Pilihan bakal isteri dan suami berdasarkan:
I. Beragama
•Ø Lihat dan selidik pengamalan syariat ibu bapanya dan datuknya terutama sembahyang.
•Ø Perhatikan akhlaknya bersama kawan-kawan dan orang-orang tua.
•Ø Kaji sifat amanah dan ketaatannya
II. Bukan saudara atau keluarga terdekat
•Ø Tidak bernikah dengan ahli keluarga yang diharamkan seperti sesusuan.
•Ø Sebahagian dari keluarga tidak diharamkan nikah tetapi tidak digalakkan nikah kerana akan melemahkan IQ atau mendatangkan kecacatan, contohnya sepupu.
III. Utamakan yang subur
•Ø Rasul berbangga dengan ramainya umat.
•Ø Lihat bilangan ahli keluarganya untuk mengetahui kesuburannya.
IV. Utamakan yang gadis
B. Niat berkahwin hendaklah dibetulkan agar sesuai dengan syariat. Tujuan berkahwin adalah:
I. Untuk memenuhi tuntutan fitrah
II. Untuk menegakkan sunnah Rasulullah s.a.w.
III. Kerana hendak menggembirakan baginda Rasulullah s.a.w.
IV. Untuk mendapat zuriat ramai yang beriman, beramal dan bertaqwa.
V. Untuk mendidik anak yang ramai menjadi penyambung generasi perjuangan Islam.
VI. Menjadi saham dan pahala besar di akhirat.
VII. Melahirkan masyarakat Islam yang kecil untuk mencetus masyarakat Islam yang besar.

C. Perlaksanaan perkahwinan menepati syariat

D. Perhubungan suami isteri:
I. Perbualan :
•Ø Mengenai Allah dan Rasul
•Ø Iman dan Islam
•Ø Pendidikan anak-anak
•Ø Perjuangan Islam
II. Perbuatan:
•Ø Bertolak ansur
•Ø Bekerjasama
•Ø Meminta maaf ketika bersalah
•Ø Memaafkan ketika orang bersalah
•Ø Menerima pasangan dengan seadanya
•Ø Reda-meredhai
•Ø Memberi hadiah
III. Rohani:
•Ø Doa-mendoakan
•Ø Berbaik sangka

E. Sewaktu hamil
I. Banyak membaca Al-quran dan menghayati isinya
II. Membaca dan mengahyati kisah-kisah orang soleh zaman dahulu
III. Menjaga:
•Ø Penglihatan
•Ø Pendengaran
•Ø Percakapan
•Ø Makan minum
•Ø Sikap

F. Kelahiran
I. Menyambut kelahiran di klinik orang Islam yang mementingkan syariat
II. Disambut dengan azan dan iqamah
III. Diadakan aqiqah dan diberikan nama yang baik

Anekdot sejarah kelahiran anak soleh :
Benih anak yang soleh dihasilkan daripada hubungan ibu bapa yang soleh dan solehah.

Friday, December 12, 2008

rasululllah dengan sebiji limau


Rasulullah SAW dengan sebiji limau."Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

Thursday, November 20, 2008

Tips musim cuti


Assalamualaikum wbt kepada semua pengunjung laman Umar Islam, sudah beberapa hari saya tidak mencoretkan sesuatu dilaman ini kerana akhir-akhir ini saya ikut Abah ke Kuala Lumpur. Seronokkkkkk.

Tetapi hari ini alhamdulillah masih diberi sedikit masa oleh Allah SWT untuk kalam ini berbicara. Pertama-tama sekali saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH kepada semua pelajar yang berjaya dengan mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR yang diumumkan pada 13 November 2008 yang lalu khususnya kepada semua pelajar SK Kuala Penor.

Sepertimana sedia maklum, sekolah telah mula bercuti pada hari ini bagi sessi 2008, dan akan dibuka kembali pada isnin 05 Januari 2009 nanti. Apabila tiba sahaja musim cuti sekolah, sudah pastinya murid-muridlah insan yang paling gembira kerana mereka tidak perlu ke sekolah selama sebulan lebih. Oleh itu, sudah tentu banyak masa terluang bersama ibu bapa, adik-beradik dan saudara mara serta keluarga yang lain.

Oleh itu, ibu bapa hendaklah memainkan peranan penting untuk mengawasi anak-anak mereka agar masa cuti sekolah ini tidak menjadi sia-sia. Ibu bapa juga hendaklah membuat perancangan yang terbaik untuk memastikan masa cuti sekolah ini dapat dimanfaatkan oleh anak-anak mereka sebaik mungkin.

Dengan demikian, di sini terdapat beberapa tips untuk para ibu bapa untuk memudahkan mereka membuat perancangan dan memanfaatkan musim cuti sekolah ini bersama anak-anak. Antaranya ialah :

1.Lakukan aktiviti bercorak keluarga seperti berjalan-jalan, jogging, berkebun, mengajar memasak dan bertukang kayu.
2.Bawa keluarga melancong dalam negeri. Lawatlah temapt-tempat yang menarik di seluruh negara bersama anak-anak. Kalau anda kurang mampu, bawalah anak-anak berkelah ditepi pantai atau taman rekreasi.
3.Bersukan atau bermain bersama anak-anak. Ajar anak-anak permainan tradisional.
4.Menonton bersama anak-anak. Apabila menonton televisyen bersama, bincang dengan anak-anak rancangan yang ditonton serta iklan-iklan yang disiarkan.
5.Makan bersama semua ahli keluarga. Ahli-ahli keluarga berpeluang menjalinkan kemesraan pada waktu makan.
6.Kalau ada perpustakaan awam yang berhampiran anda, bawalah anak-anak ke sana dan tanamkan tabiat membaca
7.Kalau anda mempunyai kemudahan internet di rumah, jelajahlah dunia maklumat bersama anak-anak.
8. Menggalakkan anak-anak mengasah bakat mereka dengan menghadiri kelas tarian, kelas vokal, kelas muzik dan kelas drama
9.Menggalakkan anak-anak menghadiri aktiviti-aktiviti sihat seperti kelas bela diri, sukan dan permainan, kembara dan lawatan

Justeru itu, dengan perkongsian tips dan info ini dapat memberi sedikit manfaat kepada para ibu bapa dalam mengurus runting harian anak-anak mereka di masa cuti sekolah ini. WALLAHU A’LAM…

Apa komentar pembaca ?

Saturday, November 8, 2008

kisah malaikat jibril

Kisah Malaikat Jibril A.S

Malaikat Jibrail a.s. adalah salah satu dari para malaikat yang cantik, besar, kuat dan mempunyai kedudukan yang sangat tinggi di sisi Allah s.w.t. Ia ditugaskan sebagai penyampai wahyu kepada para rasul a.s. Malaikat Jibrail a.s. mempunyai enam ratus sayap, setiap sayapnya menutupi ufuk. Dari sayapnya berjatuhan permata dan yakut yang berwarna warni. Imam Ahmad rah. dengan sanadnya dari Ibn Mas'ud r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Aku melihat Jibrail di Sidratul Muntaha, dia mempunyai enam ratus sayap". Malaikat Jibrail a.s. mampu terbang dalam keadaan yang sangat pantas. Seperti kalau ada orang bertanyakan sesuatu kemusykilan agama kepada Rasulullah s.a.w., belumpun selesai pertanyaan itu, malaikat Jibrail a.s. telah pun sampai dengan jawapan berupa wahyu dari Allah s.w.t. Padahal jarak antara setiap lapisan langit adalah sejauh lima ratus tahun perjalanan.


Ketika Allah s.w.t. memerintahkan malaikat Jibrail a.s. turun untuk memusnahkan kaum nabi Luth a.s., dikatakan malaikat Jibrail a.s mampu mengangkat kesemua tujuh bandar yang didiami oleh 400,000 orang, haiwan, rumah serta bangunan dan kesemuanya hanya dengan menggunakan hujung satu sayapnya sahaja, lalu diangkat hingga ke permukaan langit, sehinggalah para malaikat yang berada di langit dapat mendengar bunyi kokokan ayam dan lolongan anjing yang turut berada dalam bandar-bandar tersebut. Kemudian malaikat Jibrail a.s. membalikkan bandar-bandar tersebut hingga menjadilah bahagian atasnya terlungkup ke bawah.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Jibrail a.s. sentiasa mengharap hendak menjadi manusia kerana tujuh perkara :-

1. sembahyang lima waktu secara berjemaah
2. duduk bersama para ulamak
3. menziariahi orang sakit
4. menghantar jenazah
5. memberi air minum
6. mendamaikan di antara 2 orang yang bermusuh-musuhan
7. memuliakan jiran dan anak-anak yatim

maka bersungguh-sungguhlah kamu dalam perkara tersebut

kisah jibril mencari 7 jenis tanah

Assalamualikum ,

Percaya pada para Malaikat merupakan salah satu dari rukun Islam yang wajib dipercayai oleh umat Islam. Dalam sebuah kuliah tasauf di sebuah masjid yang ana dengar seorang ustaz menceritakan bahawa ketika Allah hendak menciptakan jasad Adam, Allah memerintahkan malaikat Jibril as untuk datang kebumi bagi mengambil tujuh jenis tanah untuk dijadikan jasad Adam.

setelah Jibril tiba di dunia (Bumi) jibril memperkenalkan dirinya sebagai perutusan Allah untuk mengambil tujuh jenis tanah untuk dijadikan Adam iaitu khalifah yang akan mendiami dunia. Maka bertanyalah Dunia mengenai apakah tugas jibril maka jibril memberitahu bahawa beliau ditugaskan untuk menyampai wahyu. Apabila mendengar tugas Jibril itu maka berkatalah dunia bahawa sebelum kedatangan Jibril kepada penduduk dunia, anak keturunan adam itu berada dalam kekufuran maka dunia tidak mengizinkan Jibril mengambil tanah dari dunia.

Maka mengadulah Jibril pada Allah maka Allah mengutuskan pula Mikail as untuk mengambil tujuh jenis tanah tersebut. Hal yang sama terjadi pada Mikail selepas dunia menolak permintaan Mikail dengan alasan tugas mikail yang menurun razeki itu akan menjadikan anak keturunan Adam itu makhluk yang kuat makan dan membuat maksiat hingga lupa pada Allah ( Hakikat kejadian Adam ialah untuk beribadat pada Allah). maka pulanglah Mikail. Maka Allah mengutuskan Malaikat Israfil pula. namun hasrat Israfil juga hampa setelah dunia memberi alasan tugas israfil sebagai peniup sangkakala itu tidak memberi jaminan pada khalifah yang akan mendiami dunia menjadi hamba yang bertakwa.

Kemudiannya Allah mengutuskan Malaikat Izrail untuk datang kedunia. Setelah tiba di dunia, Izrail memberi salam pada dunia. setelah memberitahu dunia bahawa tugasnya sebagai pengambil nyawa anak adam dan seluruh makhluk didunia, dunia pula bertanya selepas mengambil nyawa apakah yang dilakukan seterusnya kepada jasad anak adam itu. Izrail memberitahu bahawa setelah jasad Adam di ambil roh mereka jasad mereka akan dipulangkan semula kepada dunia ( dikebumikan). lantas dunia bertanya apakah jaminan anak keturunan adam itu dijamin sebagai orang yang bertakwa selepas mereka di matikan.... Malaikat Izrail tidak dapat menjawab persoalan itu lantas beliau meminta izin untuk menemui Allah bagi menyampaikan jawapannya. Setelah kembali semula ke dunia Izrail memberitahu bahawa Anak keturunan Adam yang mana mereka sentiasa ingat bahawa mereka akan mati. Allah akan menjadikan ingatan dan persiapan mereka untuk mati itu satu ibadah dan akan diberi petunjuk oleh Allah.

Dengan penerangan itu dunia mengizinkan tujuh jenis tanah di ambil oleh Izrail untuk dijadikan jasad adam. Justeru itu kita dapati apa yang terdapat di dunia ini dengan terdapatnya tujuh benua, tujuh lautan, tujuh hari dalam seminggu, tujuh lapisan langit, tujuh lapisan bumi dsbnya itu. mungkin ada lagi cerita-cerita menarik berhubung para malaikat itu dapat dikongsi bersama agar ianya menjadi petunjuk bagi menambahkanlagi keyakinan kita pada kebesaran Allah

Wassalam.

Friday, November 7, 2008

mengenal nabi muhammad

APAKAH ENGKAU MENGENAL NABIMU? Apakah engkau benar-benar kenal Nabi mu? Iaitu kenal secara lahir dan batinnya, jasmani, maknawi dan rohaninya. Atau engkau hanya kenal secara lahir sahaja, tidak lebih dari itu?! Atau engkau kenal secara rambang sahaja?


Sebenarnya kalau engkau kenallah secara lahir dan batin, jasmani, rohaniahnya peribadi Nabi mu Pasti engkau jatuh hati kepadanya. Engkau akan cinta, engkau akan menyebut selalu namanya Melalui selawat dan ingatan terhadapnya. Engkau akan terasa terhutang budi kepadanya Kerana kedatangannya dan jasanya kepada dunia.


Muhammad Nabi mu S.A.W, Nabi mu Dia seorang manusia istimewa, luar biasa yang tiada taranya. Dia adalah manusia yang paling mulia di sisi Allah Taala. Mari kita bercerita tentangnya secara ringkas agar engkau kenal Nabi mu sendiri siapa dia yang sebenarnya?


Dia adalah Muhammad anak Abdullah, ibunya Aminah. Bangsa Quraisy dari Bani Hasyim. Nasabnya hingga ke Nabi Ibrahim. Dia adalah anak yatim piatu. Seorang anak yang tidak pernah dapat bermanja dengan ibu bapanya seperti orang lain. Dia lahir daripada keluarga yang miskin dan dipelihara pula oleh keluarga yang miskin.


Dia adalah makhluk yang pertama dan utama yang paling dicintai oleh Tuhan iaitu yang diberi nama Nur Muhammad. Dari Nur Muhammadlah seluruh yang ada dicipta dan diwujudkan Syurga, neraka, dunia, akhirat, para malaikat, Arasy, Kursi, Sirath, manusia, jin, haiwan, jamadat dan lain-lainnya. Ertinya kalau bukan kerana Nabi Muhammad S.A.W, yang lain tidak akan diwujudkan. Kalau begitu, rupanya Nabi kita membawa rahmat zahir dan batin kepada semua makhluk Tuhan.


Dia adalah makhluk yang awal wujud nisbah roh, yang akhir nisbah jasad dikalangan para nabi. Dia adalah satu-satunya Nabi yang diisrak dan dimikrajkan.Mukanya laksana bulan purnama kerana cahayanya yang terang. Dia hamba Allah yang paling bertaqwa dan paling takut dengan Tuhan Kerana itulah di dipanggil Habibullah oleh Allah. Ketua seluruh para rasul dan para anbiya. Penghulu seluruh orang yang bertaqwa. Imam seluruh manusia. Syariatnya untuk seluruh jin dan manusia dan penutup seluruh syariat. Orang yang memberi syafaatul-kubra di akhirat dan orang yang pertama masuk syurga. Al-Quran kitab yang diturunkan kepadanya paling lengkap. Merupakan mukjizatnya yang kekal dan paling agung. Tiada siapa yang dapat menirunya.


Dia memiliki ilmu dunia dan akhirat. Sekali pun dia tidak boleh menulis dan membaca. Nabi kita mempunyai akhlak yang paling mulia yang tiada taranya. Bahkan lebih mulia dari para malaikat. Terutamanya kasih sayangnya kepada manusia begitu terserlah Tawadhuknya atau merendah diri, pakaian peribadinya. Kerana itulah dia sanggup duduk, makan, minum, tidur, baring dengan fakir miskin. Menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah. Tiada seorang pun melihat mukanya


melainkan jatuh cinta kepadanya. Bahkan macam orang mabuk tidak boleh melupakannya.

Sangat kasih dan simpati dengan fakir miskin, anak-anak yatim dan janda-janda. Pemurahnya laksana angin kencang yang sangat lajunya.
Orang yang bergaul dengannya macam-macam dapat dirasa.

Adakalanya laksana ibu dan ayah . Adakalanya macam kawan yang membela dan setia. Adakalanya dirasakan guru. Adakalanya bagaikan pemimpin. Adakalanya bagaikan ketua tentera. Setiap orang yang semajlis dengannya merasakan dapat layanannya yang memuaskan darinya
Kerana akhlaknya yang tinggi dia dapat pujian daripada Tuhannya. Keberaniannya luar biasa. Dia boleh lalu seorang diri di hadapan musuh-musuhnya. Tidak sedikit pun takut dengan raja-raja. Setiap orang yang meminta tidak pernah dikecewakan sekalipun terpaksa berhutang dengan manusia. Ibadahnya banyak terutama sembahyang hingga bengkak-bengkak kakinya kerana terlalu lama berdiri di hadapan Tuhannya.

Tidak pernah mendoakan musuh-musuhnya dengan kejahatan. Sangat suka meminta maaf dan memberi maaf kepada sesiapa sahaja. Dia membalas kejahatan orang dengan kebaikan Satu perbuatan yang luarbiasa. Tidak pernah menghina, mencaci dan merendah-rendahkan orang lain. Sangat pemalu dan merendah diri. Sangat menerima keuzuran orang. Sangat tahan menerima ujian yang berbagai-bagai keadaan dan bermacam-macambentuknya. Kerana itulah dia dapat menjadi Ketua Ulul Azmi daripada keseluruhan para rasul alaihimussolatuwassalam. Dia suka seseorang kerana Allah dan murka juga kerana Allah. Hatinya begitu jaga, matanya sahaja yang tidur tapi hatinya tidak tidurlemailr. Kerana itulah dia tidur tidak membatalkan wudhuknya.


Di dalam hidupnya 74 kali berlaku peperangan 27 kali dia ikut sama atau ikut serta tapi pelik, tidak pernah dia membunuh musuh-musuhnya walaupun seorang. Anak-anak didikannya itulah dia para Sahabat hingga dia berkata: "Sahabat-sahabatku laksana bintang-bintang di langit, yang mana satu yang dapat kamu ikut, kamu akan petunjuk." "Para ulama umatku laksana para-para nabi bani israil." -jolokan ini tidak didapati oleh umat-umat nabi sebelumnya. Kerana menegakkan kebenaran, pernah dilemparkan dengan najis, dibaling dengan batu hingga berdarah, dibuang daerah selama 3 tahun, dikepung, hendak dibunuh, berhijrah meninggalkan tanah air dan mendapat berbagai-bagai kesusahan dan penderitaan.


Kemuliaannya di sisi Allah Taala begitu ketara dan terserlah Iaitu namanya dikampilkan dengan nama Tuhannya Iaitu di dalam dua kalimah syahadah. Bahkan tidak sah Islam seseorang kalau tidak diucapkan namanya bersama dengan nama Tuhannya. Doa yang hendak dikabulkan, awal akhir kenalah menyebut namanya. Doanya sangat kabul, bahkan siapa yang berdoa bertawassul dengannya lebih diterima doanya. Siapa yang banyak berselawat dengannya diberi syafaat di Akhirat. Siapa yang selalu menyebut namanya diturunkan rahmat dan berkat.
Mukjizat-mukjizatnya yang terlalu banyak menunjukkan kebenarannya. Tertulis di belikatnya khatamun-nubuwah. Peluhnya bak mutiara, wanginya lebih wangi daripada kasturi. Orang tidak dapat menentang matanya kerana kehebatannya yang amat terserlah di wajahnya Terutama musuh-musuhnya, pasti menundukkan pandangannya bila bertembung dengan pandangannya.


Banyak perkara-perkara ghaib yang dibuka oleh Allah Taala kepadanya. Sehinggakan sebahagian perkara-perkara yang belum terjadi seperti peristiwa akhir zaman dapat diceritakan. Terlalu kuat tawakalnya kepada Allah Taala. Hinggakan makanan yang berlebih tidak disimpan di malamnya. Bahkan diberi kepada yang berhak. Apabila dia buang air, tidak ada kesannya selepas membuangnya. Lalat tidak pernah hinggap pada badannya. Kalau dia berpaling, dia berpaling dengan seluruh badannya. Tidak pernah makan seorang diri melainkan berkawan. Tidak pernah mencerca makanan Kalau dia tidak suka, dia tidak makan makanan itu.


Sangat menghormati dan memuliakan tetamunya. Terlalu menjaga hak-hak jirannya sekalipun orang kafir. Terlalu mengutamakan orang lain daripada dirinya sendiri Tidak pernah melaknat sekalipun binatang. Apa yang diperkatakannya ibarat mutiara Kerana itulah sangat mempengaruhi orang yang mendengarnya. Didikan dan pimpinanya sangat berjaya Di antara kesan didikan dan pimpinannya yang telah berlaku yang telah dicatat dalam sejarah : Dapat melahirkan manusia yang sangat mencintai dan menakuti (takutkan)Allah Taala
Bahkan Tuhan menjadi idola mereka. Dapat menyatu-padukan manusia yang berbagai-bagai etnik, puak, kaum, bangsa dan yang berlainan warna kulit, bahasa dan budaya. Bahkan dapat menanamkan kasih-sayang satu sama lain di kalangan manusia. Melahirkan manusia yang begitu taat dan patuh kepada syariat Tuhannya. Berjaya melahirkan manusia yang tinggi akhlak dan moralnya. Mampu menjadikan dunia bersih daripada noda dan dosa. Berjaya menjadikan setiap orang rasa berpuas hati naungan pimpinannya sekalipun yang bukan Islam. Mereka merasakan dia adalah pelindung dan penyelamat kepada seluruh makhluk sekalipun binatang.


Itulah dia Nabi Muhammad Rasulullah SAW Itulah dia Nabi kita, manusia yang luar biasa, yang istimewa yang kejadian dan akhlaknya paling sempurna, tidak ada tandingannya. Baru sedikit sahaja kita menceritakan tentangnya, sudah mengkagumkan kita. Apakah peribadi yang semacam ini kita tidak jatuh hati kepadanya? Apakah manusia ini kita boleh melupakan begitu sahaja? Apakah kita tidak terasa, dia adalah manusia yang terlalu berjasa kepada seluruh manusia? Apakah kita tidak terasa terhutang budi kepadanya? Bahkan patut bersyukur kepadanya sepanjang masa. Bolehkah kita samakan dia dengan pemimpin-pemimpin yang lain di dunia? Jauh panggang dari api, macam langit bumi.


Lantaran itulah, orang yang benar-benar kenal Nabinya bersama Tuhannya,sanggup mati kerananya. Patut sangatlah dia menjadi idola dan ikutan kita Agar kita menjadi satu bangsa yang bertuhan, merdeka, bersatu, berakhlak mulia,bertamadun, berkasih-sayang, bertolong bantu, berharmoni, bermaruah, bersih dari noda dan dosa. Allah dan Akhirat menjadi matlamat hidup kita. ~Abuna

Wednesday, November 5, 2008



Percubaan Mencuri Jasad Rasulullah
Filed under: Kisah Tauladan
Di masa peperangan antara orang Islam dengan orang-orang kafir Kristian yang dikenali dengan perang Salib dan telah berlangsung sekian lama. Kemenangan dan kekalahan silih berganti pada kedua belah pihak.

Umat Islam berjuang dengan habis-habisan menentang musuhnya.



Segala kekuatan dikerahkannya. Kerana pada waktu itulah kesempatan yang paling baik untuk memperolehi syahid di medan perang sebagaimana yang diperolehi para sahabat Rasulullah dalam perjuangan menentang orang kafir yang cuba melenyapkan Islam.